Tarikh  8 Julai 2018 
Masa Jam 9 petang
Tempat   Pusat Internet Kg.Tamau (bilik latihan)
Peserta  10 Orang 

 Tujuan

Advokasi klik dengan bijak tentang memeriksa maklumat sebelum menyebarkannya kepada pelajar dan sesi soal jawab dan pengenalan kepada internet dan email adalah untuk memperkenalkan email dan internet kepada pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah.

Aktiviti

Aktiviti ini bertujuan untuk memberi pendedahan yang betul tentang internet dan juga memberi infomasi kepada pelajar tentang internet dan cara guna internet dengan betul. Selain itu, memberi pengetahuan baru kepada mereka untuk lebih celik internet dan tahu fungsi sebenar internet. Serta informasi lebih jelas tentang komputer yang berada di Pusat Internet  Kg Tamau. Terdapat pelajar yang mengikuti kelas komputer internet dan email ini belum menjadi ahli pusat internet 1Malaysia. Antara aktiviti yang di lakukan pelajar di kehendaki membuat email sendiri melalui gmail.com dan membuka halaman internet melalui google chrome.

Gambar klik disini