Makanan tradisi yang terkenal dikalangan Orang Iranun di Kg. Tamau ialah Siager Ikan Yu yang di buat sambal bersama kelapa. Manakala Ikan Sungai masak ampap atau juga dikenali sebagai masak piaren, selain daripada ikan sungai,ikan laut pun boleh juga di gunakan sebagai bahan utama memasak piaren ini. selain daipada siager ikan yu ikan liking kota belud juga adalah makanan paling popular di kota belud dan pembuat-pembuat ikan liking ini adalah kebanyakkannya adalah kaum irranun kota belud.
selain daripada itu kuih yang terkenal di masyarakat kaum irranun adalah kueh pinjaram ataupun di kenali sebagai kuih amik. selain daipada amik terdapat juga kuih bahulu,kuih sapit,kuih berati dan banyak lagi kuih-kuih tradisional kaum irranun.
selain kuih-kuih tradisional terdapat juga pencuci mulut di kala waktu panas di kampung tamau kota belud ini iaitu ABC gula apong