DSC00760

 Selamat datang ke Pusat Sebaran Maklumat Nasioanal(NADI) Kampung Tamau, Kota Belud. NADI merupakan inisiatif kerajaan iaitu Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan dilaksanakan oleh Telekom Malaysia Berhad (TM) di bawah Program Perkhidmatan Sejagat (PPS) dengan memberi fokus kepada perkhidmatan dan merapatkan jurang digital diantara masyarakat bandar dan luar bandar.

     Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Internet 1Malaysia,Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) dan Pusat Ekonomi Digital(PEDi) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar, untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap  menyediakan latihan dan perisian komputer. Melalui penubuhan NADI , diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar.

Objektif penubuhan NADI adalah seperti berikut;-

  • Memberi kemudahan capaian internet kepada komuniti setempat.
  • Memberi pendedahan kepada masyarakat tempatan terhadap teknologi komputer dan internet.
  • Meningkatkan taraf ekonomi dan sosial masyarakat melalui kemudahan yang disediakan dan aktiviti yang dijalankan di Pusat Internet .
  • Merapatkan jurang digital di antara masyarakat bandar dan luar bandar selaras dengan matlamat kerajaan.

Maka dengan itu,  NADI Kampung Tamau ditubuhkan pada tahun ini (2017) untuk memberi kemudahan perkhidmatan dan penggunaan internet kepada masyarakat setempat. NADI Kampung Tamau beroperasi pada 1 febuari 2018.

PERKHIDMATAN

Pusat Sebaran Maklumat Nasioanal (NADI) menawarkan latihan secara PERCUMA kepada semua golongan yang telah menjadi ahli. Antara jenis latihan yang disediakan adalah seperti berikut:

Pengenalan asas komputerAsas
internet Aplikasi elektronik – e-kerajaan, e-dagang, e-pembelajaran
Desktop Publishing – Microsoft Office

Antara perkhidmatan lain:
Perkhidmatan Internet 
Mencetak Scanning
fotostat, laminate, binding
zon internet tanpa wayar (wifi)

WAKTU OPERASI 

Setiap Hari

Isnin hingga Ahad (kecuali cuti umum)

8 pagi hingga 5 petang 

PETUGAS Pusat Sebaran Maklumat Nasional(NADI)

Penyelia

Nama : Nurul Safira Binti Abdi

No. Hp : 0143739917

Nama : Masladizati Bin Jariat

No. Hp : 0146726484