BELAJAR MICROSOFT OFFICE WORD,POWER POINT & EXCEL,ASAS KOMPUTER,PENGGUNAAN SEARCH ENGINE,PENGGUNAAN GMAIL & FACEBOOK

 NAMA  LAYLA HUMAIRA BINTI ROSLI
 UMUR  11 TAHUN
 AHLI  06.03.2018

Latar Belakang

   Adik layla Humaira merupakan kanak-kanak kelainan upaya. Adik Humaira di daftarkan oleh ibu nya sendiri sebagai ahli pusat internet kg.tamau dan merupakan seorang pelajar dari Sekolah Kebangsaan Tamau, dia berumur 11 tahun dan berada dalam darjah 5. 

Sebelum penggunaan ICT / penglibatan PI

   Sebelum menjadi ahli berdaftar Pusat Internet Kg.Tamau, adik layla Humaira hanya memerhati sahaja rakan-rakan yang lain menggunakan komputer. Perbezaan keupayaan dengan kanak-kanak yang lain tidak menghalang adik layla untuk pertingkatkan ilmu ICT. Beliau pada mulanya tidak mengenali sebarang aplikasi ICT di sebabkan kekangan keluarga yang kurang berkemampuan.Setelah beberapa minggu, adik Layla Humaira telah menjadi ahli Pusat Internet Kg.Tamau beliau tahu menggunakan segala kemudahan dan perkhidmatan ICT yang terdapat di Pusat Internet.

Selepas penggunaan ICT / penglibatan PI

   Kini adik Layla Humaira menguasai sepenuhnya penggunaan microsof word sehinggakan beliau mahir menaip surat dan membuat kad istimewa kepada ibu dan bapanya sebagai tanda penghargaan kepada mereka.Adik Layla Humaira selalu mengikuti perkembangan kelas yang diadakan dan dia sendiri telah mengikuti kelas dan latihan yang berkaitan dengan ICT. Kelas yang diikuti telah memberi ilmu baru kepada beliau dan secara tidak langsung telah memberi pengetahuan dan meningkatkan lagi kemahiran dalam penggunaan komputer dan internet beliau.