Nama         :  Faridah Wati Binti Darrim

 Umur         :  33 Tahun

 Ahli            :  2018

 

 

 

 

Bentuk Perniagaan & Latar belakang

Puan Faridah Wati Binti Darrim telah menetap di kg.tamau semenjak berkahwin dengan penduduk kg tamau. Puan Faridah Wati adalah seorang surirumah dan juga menjalankan perniagaan menjual baju-baju terpakai untuk menyara anak nya dan menolong suaminya. Beliau pada awalnya hanyalah menjalankan perniagaan nya di rumah dengan memasang kanopi untuk mempamerkan baju-baju terpakai dan pendapatan beliau tidaklah memberansangkan pada ketika itu. Beliau datang ke pusat internet untuk mempelajari media sosial untuk perkembangkan perniagaan beliau melalui whatsapp dan facebook. setelah mengenali facebook beliau telah mempelbagai lagi jualan nya.

 Apa yang dipelajari melalui PI

  • Mendapat bimbingan cara melayari internet untuk mencari maklumat dan mendapatkan maklumat
  • Mempelajari cara membuat email
  • Mempelajari cara untuk memasarkan produk di laman web seperti Instagram dan Facebook
  • Mempelajari cara membuat logo/sticker menggunakan perisian Adobe Photoshop 
  • Mempelajari Ms. Office bagi memudahkan pengiraan stok produk, pengiraan untung/ rugi
  • Mempelajari cara untuk menarik pelanggan untuk membuat tempahan menggunakan medium Whatsapp