BELAJAR MICROSOFT OFFICE WORD,POWER POINT & EXCEL,ASAS KOMPUTER,PENGGUNAAN SEARCH ENGINE,PENGGUNAAN GMAIL & FACEBOOK

 NAMA  NUR ALISHA QAISARA MOHD KHAIRUL
 UMUR  7 TAHUN
 AHLI  2018

Latar Belakang

   Adik Alisha telahpun menjadi ahli Pusat Internet Kampung Tamau sekitar tahun 2018. bermula daripada seorang yang tidak mempunyai minat belajar dan juga agak lambat dalam penerimaan pembelajaran , adik Alisha telah menjadikan youtube sebagai platform bagi pembelajaran beliau. Ibu kepada adik ini telah mengambil inisiatif untuk menghantar adik Alisha ke Pusat Internet Kampung Tamau untuk bersama rakannya yang lain bagi mengikuti kelas-kelas yang dianjurkan di Pusat Internet. Maka adik Alisha telah mengambil kesempatan ini untuk belajar membaca dan lainnya melalui aplikasi youtube. Alhamdulillah kini adik Alisha telah menunjukkan meningkatan yang positif dalam bidang pembelajaran dan kini masih bersekolah di Sekolah Kebangsaan Tamau.

Sebelum penggunaan ICT / penglibatan PI

   Sebelum menjadi ahli berdaftar Pusat Internet Kg.Tamau, adik alisha hanya memerhati sahaja rakan-rakan yang lain menggunakan komputer. 

Selepas penggunaan ICT / penglibatan PI

   Kini adik alisha menguasai sepenuhnya penggunaan microsof word sehinggakan beliau mahir menaip surat dan membuat kad istimewa kepada ibu dan bapanya sebagai tanda penghargaan kepada mereka.Adik alisha selalu mengikuti perkembangan kelas yang diadakan dan dia sendiri telah mengikuti kelas dan latihan yang berkaitan dengan ICT. Kelas yang diikuti telah memberi ilmu baru kepada beliau dan secara tidak langsung telah memberi pengetahuan dan meningkatkan lagi kemahiran dalam penggunaan komputer dan internet beliau.