Tarikh  18 Febuari 2018 
Masa Jam 9 pagi 
Tempat   Pi1M Kg.Tamau (bilik latihan)
Peserta  15 Orang (Pelajar Sekolah)

 

 Tujuan

Advokasi klik dengan bijak tentang memeriksa maklumat sebelum menyebarkannya kepada pelajar dan sesi soal jawab dan pengenalan kepada internet dan email adalah untuk memperkenalkan email dan internet kepada pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah.

 

Aktiviti

Aktiviti ini bertujuan untuk memberi pendedahan yang betul tentang internet dan juga memberi infomasi kepada pelajar tentang internet dan cara guna internet dengan betul. Selain itu, memberi pengetahuan baru kepada mereka untuk lebih celik internet dan tahu fungsi sebenar internet. Serta informasi lebih jelas tentang komputer yang berada di Pusat Internet 1 Malaysia Kg Tamau. Terdapat pelajar yang mengikuti kelas komputer internet dan email ini belum menjadi ahli pusat internet 1Malaysia. Antara aktiviti yang di lakukan pelajar di kehendaki membuat email sendiri melalui gmail.com dan membuka halaman internet melalui google chrome.

Gambar klik disini

 

 

 

Tarikh  11 Febuari 2018 
Masa Jam 9 pagi 
Tempat  Pi1M Kg.Tamau
Peserta  8 Orang (Pelajar Sekolah Rendah)

 

Advokasi tentang  maklumat sebelum menyebarkannya kepada pelajar dan sesi soal jawab.

Tujuan

Aktiviti ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar untuk menggunakan microsof word dan sekaligus tahu kegunaan keyboard komputer.di samping itu latihan menaip juga dapat memberi pengalaman baru kepada pelajar yang selama ini tidak tahu menaip.

Aktiviti

Antara aktiviti yang telah di jalankan adalah pelajar di bagi satu contoh format karangan pendek dan di minta untuk menaip seperti yang tertera di hadapan. Pelajar-pelajar juga di bagi kuiz tentang fungsi papan kekunci dalam kelas ini.

Gambar klik di sini

Tarikh 
 10 febuari 2018
Masa
Jam 9 pagi 
Tempat 
Pi1M Kg.Tamau
Peserta  10 Orang (Pelajar Sekolah Rendah)

 

Advokasi tentang memeriksa maklumat sebelum menyebarkannya kepada pelajar dan sesi soal jawab.

Tujuan

Aktiviti ini bertujuan untuk memberi pendedahan yang betul tentang komputer dan juga memberi infomasi kepada pelajar tentang komputer dan cara daftar masuk yang betul. Selain itu, memberi pengetahuan baru kepada mereka untuk lebih celik komputer dan tahu fungsi sebenar komputer. Serta informasi lebih jelas tentang komputer yang berada di Pusat Internet 1 Malaysia Kg. Tamau.

Aktiviti

Aktiviti ini di jalankan menggunakan powerpoint dan pelajar-pelajar di beri tugasan mencari alat-alat komputer yang mereka tahu semasa dalam pembelajaran ini.

Gambar Klik Disini