Tarikh : 21.04.2018
Masa : 9.00 pagi - 12.00 tengahari
Tempat : PI1M Kg. Tamau
Peserta : 10 Orang

Tujuan

Kelas ini dihadiri oleh 10 orang pelajar sekolah rendah. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk membaca dalam bahasa Inggeris dan mengira secara dalam talian.

Aktiviti

Kelas dijalankan menggunakan Laman http://www.adaptedmind.com meliputi subjek bahasa inggeris tentang sebutan perkataan bahasa Inggeris dan mengira untuk subjek matematik serta perbincangan dengan peserta.

Gambar Klik Disini

Tarikh   15 April 2018
Masa Jam 9 pagi 
Tempat  Pi1M Kg.Tamau
Peserta  11 Orang (Pelajar Sekolah)

 

Tujuan

Kelas ini di hadiri oleh 11 orang pelajar sekolah yang mana tidak tahu menggunakan papan kekunci dan tetikus. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk melatih pelajar yang baru mengenal papan kekunci dan fungsi tetikus.

Aktiviti

Penerangan mengenai kemahiran papan kekunci dan tetikus melalui laman web. Di samping belajar untuk mahir menggunakan papan kekunci pelajar-pelajar juga dapat bermain permainan yang mana permainan tersebut adalah melatih pelajar menggunakan papan kekunci dan tetikus sehingga jadi mahir.

Gambar di sini

Tarikh   08 April 2018
Masa Jam 9 pagi 
Tempat  Pi1M Kg.Tamau
Peserta  9 Orang (Pelajar Sekolah)

 

Tujuan

Memperkenalkan microsof word kepada pelajar sekolah.

Aktiviti

Penerangan mengenai microsof word 2010 dan fungsi-fungsi setiap bahagian. Memberi infomasi kepada pelajar tentang komputer dan cara menaip dengan betul. Selain itu, memberi pengetahuan baru kepada mereka untuk lebih celik komputer dan tahu fungsi sebenar komputer. Serta informasi lebih jelas tentang komputer yang berada di Pusat Internet 1 Malaysia Kg. Tamau

Gambar klik disini

Tarikh : 14 April 2018
Masa : 9.00 pagi - 12.00 tengahari
Lokasi : PI1M Kg.Tamau
Peserta : 10 orang
Tujuan 

Kelas ini dihadiri seramai 10 orang peserta pelajar sekolah. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk belajar membuat pelbagai kreatif melalui pembelajaran di laman web Youtube dan untuk menguji pelajar dalam membuat tugasan dengan teliti dan mengikut arahan untuk mendapatkan hasil yang memuaskan

   
Aktiviti 
    1. Pelajar dikehendaki mencari kreatif yang ada di youtube dan cuba untuk mengikut langkah demi langkah cara untuk membuat bentuk origami tersebut. Bermula dengan bentuk yang senang sehingga pelajar dikehendaki mencuba buat bentuk yang semakin sukar. Ketekunan dan fokus pelajar dapat dilihat dalam menyiapkan rekabentuk kreatif yang sukar dan mendapat kepuasan apabila berjaya mendapatkan bentuk origami yang diinginkan

gambar klik di sini

Tarikh   7 April 2018
Masa Jam 9 pagi 
Tempat  Pi1M Kg.Tamau
Peserta  12 Orang (Pelajar Sekolah)

 

Tujuan

Memperkenalkan asas teknologi maklumat dan asas perkakasan komputer kepada pelajar-pelajar yang baru menjadi ahli pusat internet 1malaysia kampung tamau. 

Aktiviti

Penerangan mengenai asas teknologi maklumat dan perkakasan komputer menggunakan microsof powerpoint. Selepas habis penerangan pelajar-pelajar di beri kuiz yang berkaitan asas teknologi maklumat dan perkakasan komputer.

Gambar di sini