Tarikh | : | 19 mei 2018 |
Masa | : | Jam 9 pagi |
Tempat | : | Pi1M Kg.Tamau |
Peserta | : | 25 Orang (belia dan lepasan sekolah) |
Tujuan
Pertandingan ini disertai oleh 25 orang lepasan sekolah dan belia kampung yang mana mempunyai telepon sendiri dan telah bermain permainan mobile legend ini. Tujuan aktiviti di adakan adalah untuk menarik minat belia ke pusat internet dan mengetahui fungsi pusat internet kepada mereka.
Aktiviti
Penerangan mengenai klik dengan bijak di mulakan sebelum memulakan permainan. Di samping itu juga penerangan mengenai peraturan-peraturan permainan mobile legend. Untuk menyertai permainan ini mesti membawa telepon sendiri. Perlawanan adalah menggunakan custom draftpick di mana semua kumpulan akan bertemu dan pengiraan mata kepada pemenang dan siapa kumpulan yang mendapat mata tertinggi di kira pemenang.
Tarikh | : | 13.05.2018 |
Masa | : | 9 Pagi-12.00 tengahari |
Tempat | : | Pusat Internet 1malaysia Kg.Tamau |
Peserta | : | 13 Orang |
Tujuan
Kelas yang dihadiri oleh 13 orang pelajar sekolah rendah untuk menyertai kreatif sains.
Aktiviti
Kelas dijalankan menggunakan lamanweb www.youtubecom sebagai rujukan untuk mencipta bahan kreatif daripada pelajar-pelajar. Kelas ini juga menggunakan bahan-bahan terbuang untuk di jadikan bahan-bahan kreatif. Dalam kelas ini juga di masukkan advokasi klik dengan bijak untuk pelajar-pelajar tahu apa itu klik dengan bijak.
Tarikh | : | 05.05.2018 |
Masa | : | 9 Pagi-12.00 tengahari |
Tempat | : | Pusat Internet 1malaysia Kg.Tamau |
Peserta | : | 10 Orang |
Tujuan
Kelas yang dihadiri oleh 10 orang pelajar sekolah rendah untuk mengenal robotik sphero edu sekaligus mengendalikan robotik tersebut.
Aktiviti
Kelas dijalankan menggunakan lamanweb www.youtube.com untuk testimoni tentang penggunaan sphero edu dan laluan-laluan yang di buat oleh sphero edu. Di samping itu para pelajar di beri peluang untuk mengendalikan sphero edu dan mengikut laluan yang di sediakan dalam kertas A3. Robotik ini bukan sahaja menarik minat para pelajar bermain sekaligus dapat belajar pengiraan sudut ,laju, dan masa.
Tarikh | : | 06.05.2018 |
Masa | : | 9 Pagi-12.00 tengahari |
Tempat | : | Pusat Internet 1malaysia Kg.Tamau |
Peserta | : | 10 Orang |
Tujuan
Kelas yang dihadiri oleh 10 orang pelajar sekolah rendah untuk belajar english secara online.
Aktiviti
Kelas dijalankan menggunakan lamanweb www.adaptedmind.com dan www.englisch-hilfen. untuk belajar grammar,vocabulary,test dan terdapat permainan yang menguji minda pelajar. Jika pelajar tidak tahu akan ayat english mereka menggunakan google translate untuk mengetahui maksud-maksud ayat dalam english itu.
Tarikh | : | 22.04.2018 |
Masa | : | 9 Pagi-12.00 tengahari |
Tempat | : | Pusat Internet 1malaysia Kg.Tamau |
Peserta | : | 10 Orang |
Tujuan
Kelas yang dihadiri oleh 10 orang pelajar sekolah untuk belajar mahir mewarna dalam talian.
Aktiviti
Kelas dijalankan menggunakan lamanweb www.online-colouring.com. setiap pelajar di beri tugasan untuk mewarna tiga gambar.