Usahawan Minuman Kesihatan Dan kecantikan

NAMA : NOR AZZ FANILLA BINTI ADMAN

UMUR : 27 TAHUN

AHLI    : 2018

Puan Nor Azz Fanilla merupakan suri rumah mencari pendapatan sampingan dengan menjual produk minuman untuk kesihatan dan kecantikan di Kampung tamau kota belud .

 
Sebelum Penggunaan ICT/ Penglibatan PI
 

Puan Nor Azz Fanilla menggunakan cara pemasaran tradisional dengan direct selling iaitu pergi ke setiap rumah penduduk kg tamau.

Selepas Penggunaan ICT/ Penglibatan PI
 
Setelah adanya Pusat Internet beliau menggunakan medium internet seperti Shopee untuk memasarkan produk-produk yang dijual untuk pasaran lebih besar dan pengunaan facebook dan whatsapp menjadi pertambahan dalam pemasaran produk-produk beliau.

Nama         :  ROSMAIDAH BINTI SAMAT

 Umur         :  32 TAHUN

 Ahli            :  2018

 

 

 

 

Bentuk Perniagaan & Latar belakang

Puan Rosmaidah binti Samat telah menetap di kg.tamau dari kecil lagi dan kedua ibu bapa nya adalah berasal dari kg tamau kota belud. Puan Rosmaidah adalah seorang surirumah dan juga menjalankan perniagaan menjahit dan bisnes secara online dari rumah ini untuk menyara anak nya. Beliau pada awalnya tidak mempunyai apa-apa aktiviti perniagaan. Suami beliau membantunya dalam perniagaan tersebut sehingga la beliau dan suami datang ke pusat internet untuk mempelajari media sosial untuk perkembangkan perniagaan beliau melalui whatsapp dan facebook.

 Apa yang dipelajari melalui PI

  • Mendapat bimbingan cara melayari internet untuk mencari maklumat dan mendapatkan maklumat
  • Mempelajari cara membuat email
  • Mempelajari cara untuk memasarkan produk di laman web seperti Instagram dan Facebook
  • iMempelajari cara untuk menarik pelanggan untuk membuat tempahan menggunakan medium Whatsapp

Nama         :  Faridah Wati Binti Darrim

 Umur         :  33 Tahun

 Ahli            :  2018

 

 

 

 

Bentuk Perniagaan & Latar belakang

Puan Faridah Wati Binti Darrim telah menetap di kg.tamau semenjak berkahwin dengan penduduk kg tamau. Puan Faridah Wati adalah seorang surirumah dan juga menjalankan perniagaan menjual baju-baju terpakai untuk menyara anak nya dan menolong suaminya. Beliau pada awalnya hanyalah menjalankan perniagaan nya di rumah dengan memasang kanopi untuk mempamerkan baju-baju terpakai dan pendapatan beliau tidaklah memberansangkan pada ketika itu. Beliau datang ke pusat internet untuk mempelajari media sosial untuk perkembangkan perniagaan beliau melalui whatsapp dan facebook. setelah mengenali facebook beliau telah mempelbagai lagi jualan nya.

 Apa yang dipelajari melalui PI

  • Mendapat bimbingan cara melayari internet untuk mencari maklumat dan mendapatkan maklumat
  • Mempelajari cara membuat email
  • Mempelajari cara untuk memasarkan produk di laman web seperti Instagram dan Facebook
  • Mempelajari cara membuat logo/sticker menggunakan perisian Adobe Photoshop 
  • Mempelajari Ms. Office bagi memudahkan pengiraan stok produk, pengiraan untung/ rugi
  • Mempelajari cara untuk menarik pelanggan untuk membuat tempahan menggunakan medium Whatsapp

 

BELAJAR MICROSOFT OFFICE WORD,POWER POINT & EXCEL,ASAS KOMPUTER,PENGGUNAAN SEARCH ENGINE,PENGGUNAAN GMAIL & FACEBOOK

 NAMA  NUR ALISHA QAISARA MOHD KHAIRUL
 UMUR  7 TAHUN
 AHLI  2018

Latar Belakang

   Adik Alisha telahpun menjadi ahli Pusat Internet Kampung Tamau sekitar tahun 2018. bermula daripada seorang yang tidak mempunyai minat belajar dan juga agak lambat dalam penerimaan pembelajaran , adik Alisha telah menjadikan youtube sebagai platform bagi pembelajaran beliau. Ibu kepada adik ini telah mengambil inisiatif untuk menghantar adik Alisha ke Pusat Internet Kampung Tamau untuk bersama rakannya yang lain bagi mengikuti kelas-kelas yang dianjurkan di Pusat Internet. Maka adik Alisha telah mengambil kesempatan ini untuk belajar membaca dan lainnya melalui aplikasi youtube. Alhamdulillah kini adik Alisha telah menunjukkan meningkatan yang positif dalam bidang pembelajaran dan kini masih bersekolah di Sekolah Kebangsaan Tamau.

Sebelum penggunaan ICT / penglibatan PI

   Sebelum menjadi ahli berdaftar Pusat Internet Kg.Tamau, adik alisha hanya memerhati sahaja rakan-rakan yang lain menggunakan komputer. 

Selepas penggunaan ICT / penglibatan PI

   Kini adik alisha menguasai sepenuhnya penggunaan microsof word sehinggakan beliau mahir menaip surat dan membuat kad istimewa kepada ibu dan bapanya sebagai tanda penghargaan kepada mereka.Adik alisha selalu mengikuti perkembangan kelas yang diadakan dan dia sendiri telah mengikuti kelas dan latihan yang berkaitan dengan ICT. Kelas yang diikuti telah memberi ilmu baru kepada beliau dan secara tidak langsung telah memberi pengetahuan dan meningkatkan lagi kemahiran dalam penggunaan komputer dan internet beliau.

 Nama         :  Dayang  Tiayah Binti Bagal

 Umur         :  37 Tahun

 Ahli            :  2018

 

 

 

 

Bentuk Perniagaan & Latar belakang

Puan Dayang Tiayah binti Bagal telah menetap di kg.tamau dari kesil lagi dan kedua ibu bapa nya adalah berasal dari kg tamau kota belud. Puan muknah adalah seorang petani dan juga menjalankan perniagaan ikan basah ini untuk menyara anak nya. Beliau pada awalnya menggunakan motosikal untuk menjalankan perniagaannya dari rumah ke rumah. Suami beliau membantunya dalam perniagaan tersebut sehingga la beliau dan suami datang ke pusat internet untuk mempelajari media sosial untuk perkembangkan perniagaan beliau melalui whatsapp dan facebook.

 Apa yang dipelajari melalui PI

  • Mendapat bimbingan cara melayari internet untuk mencari maklumat dan mendapatkan maklumat
  • Mempelajari cara membuat email
  • Mempelajari cara untuk memasarkan produk di laman web seperti Instagram dan Facebook
  • Mempelajari cara membuat logo/sticker menggunakan perisian Adobe Photoshop 
  • Mempelajari Ms. Office bagi memudahkan pengiraan stok produk, pengiraan untung/ rugi
  • Mempelajari cara untuk menarik pelanggan untuk membuat tempahan menggunakan medium Whatsapp.